Thursday, 29 January 2015

KOLAGEN?

APA ITU KOLAGEN?


Kolagen? Apa tu? Sana sini orang cakap pasal kolagen. Tapi anda tahu ke apa itu kolagen? Atau anda iyakan sahaja apa yang orang lain cakapkan? Jangan macam tu. Anda perlu baca dan fahami sendiri apa itu kolagen. Jadi, tak ada laaa anda tercongok dengar je orang lain cakap. Sampaikan orang tipu pun anda tak tahu. No no no. Tak boleh macam tu..

Jadi, hari ini saya nak bercerita mengenai KOLAGEN atau di eja sebagai COLLAGEN dalam Bahasa Inggeris. Sebelum saya bercerita saya nak tanya anda beberapa soalan. Pernah tak pada suatu pagi ketika anda lihat wajah anda di cermin, anda dapati

1) Garis-garis ketuaan pada wajah anda semakin jelas
2) Jeragat anda kian bertambah
3) Kulit anda kusam, kering, tidak bermaya dan tidak berseri
4) Payudara anda kian mengendur
5) Anda mudah berasa letih dan lesu
6) Berlaku pigmentasi pada kulit
7) Penglihatan menjadi kabur
8) Sakit badan dan sendi
9) Kulit berkedut dan mengendur

Jika semua jawapan anda adalah YA. Maka anda amat memerlukan kolagen tambahan. Kenapa? Kerana kandungan kolagen semulajadi dalam badan anda telah berkurangan. Sememangnya keadaan di atas sering terjadi kepada wanita yang berusia 26 tahun ke atas. Ini kerana pada usia tersebut pembentukan atau penghasilan kolagen adalah semakin berkurangan. Dan dikatakan pada usia 40 tahun, lebih separuh daripada kolagen dalam badan seseorang akan hilang.

Lagi sekali, apa itu kolagen?
Kolagen adalah sejenis protein yang penting untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Dipercayai kira-kira 25-35 peratus jumlah protein dalam badan seseorang adalah terdiri daripada kolagen. Malah, hampir 80 peratus struktur kulit diperbuat daripada kolagen. Kerana itu, apabila kandungan kolagen anda semakin berkurangan, kulit anda juga akan semakin berkedut dan mengendur. Atas dasar itu, kolagen tambahan perlu diambil untuk memperbaharui kandungan kolagen yang telah hilang atau musnah.

Kolagen terdapat di kornea, kanta mata, kulit, salur darah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon, rawan sendi, gigi, hati, tulang sum-sum, tisu dan organ seperti buah pinggang, jantung dan sistem limfatik, 

Terdapat 29 jenis kolagen namun 90 peratus kolagen adalah terdiri daripada jenis :

Kolagen I : terdapat pada pembuluh darah, tendon, kulit, ligatur, organ, tulang (komponen utama) dan gigi 
Kolagen II : tulang rawan (komponen utama tulang rawan) dan mata
Kolagen III : retikuler (komponen utama dalam retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tisu lembut seperti hati, jantung, tulang sum-sum, arteri, kulit, usus dan rahim
Kolagen IV : membentuk asas kepada sel membran dasar (serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang), kanta mata atau endothelium yang melapisi permukaan dalaman pembuluh darah
Kolagen V : permukaan sel, rambut dan uri

Apakah fungsi kolagen?
  • membina struktur tisu penyokong dan mengawal fungsi sel
  • memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan melembapkan kulit
  • menstabilkan struktur tisu penyokong
  • melembap, menegang dan menganjalkan kulit
  • mencantikkan kulit
  • melambatkan proses penuaan
  • mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik
  • memberikan tidur nyenyak dan lena
  • menegang, melembap dan menganjalkan kulit
  • menampung keperluan air dalam badan
  • meningkatkan penyerapan kalsium
  • menguatkan salur darah dan melancarkan pengaliran darah
  • meningkatkan isyarat induksi
  • menghasilkan rambut dan kuku yang lebih cantik
  • mengurangkan keradangan
  • memelihara kelenturan sendi
  • membantu hati dalam proses detoksifikasi (buang toksin)
  • menguatkan otot dan tulang 
Apakah faktor pengurangan kolagen dalam badan manusia?
  • peningkatan usia
  • pemakaian kosmetik yang berlebihan dan pelbagai
  • debu, habuk dan udara persekitaran yang kurang sihat
  • amalam pemakanan yang tidak baik
  • pencemaran wangian
Daripada manakah sumber kolegen tambahan diperolehi?
  • khinzir (porcine) - HARAM untuk orang ISLAM
  • haiwai laut (ikan, gamat)
  • bovine (lembu)
  • tumbuhan laut (rumpai laut)
  • tumbuhan (soya, epal)
  • manusia (placenta)

Disebabkan sumber pertama di atas adalah HARAM untuk diambil oleh orang Islam, maka ikan merah adalah kolagen terbaik untuk digunakan. Biasanya kolagen daripada ikan diambil pada bahagian sisik, sirip, tulang dan kulit.

Wujudkah kesan negatif terhadap pengambilan kolagen ke atas tubuh badan seseorang?
Berdasarkan penyelidikan yang dijalankan, tidak terdapat sebarang kesan negatif yang berlaku atas pengambilan kolagen tambahan. Melainkan seseorang yang sememangnya alergik dengan makanan laut tidak disarankan mengambil kolagen berasaskan laut. Pilihan yang terbaik adalah dengan mengambil kolagen berasaskan tumbuhan/ buah-buahan.

Apakah cara terbaik mendapatkan kolagen tambahan?
Pada masa sekarang terlalu banyak cara yang boleh digunakan untuk mendapatkan kolagen tambahan. Sebagai contoh, mendapatkan suntikan yang dikenali sebagai Terapi Induksi Kolagen (CIT), kolagen yang dalam bentuk minyak panas, sabun, kapsul makan, cecair minuman atau pun serbuk. Namun, kaedah terbaik adalah dengan cara pemakanan sama ada serbuk atau pun cecair.

Kenapa kaedah pemakanan adalah cara terbaik mendapatkan kandungan kolagen?
Ini kerana enzim air liur akan bertindak balas secara langsung dengan kolagen yang telah dihidangkan dalam bentuk makanan. Berbanding sabun atau minyak dan suntikan. Malah, kaedah pemakanan turut dicadangkan demi membentuk kandungan kolagen secara semula jadi di samping membantu kesihatan dalaman demi jangka masa panjang.

Kesimpulan : Pengambilan kolagen tambahan adalah amat diperlukan oleh setiap individu pada zaman sekarang. Namun, pengambilan kolagen semata-mata sahaja tidak cukup sekiranya tidak dikawal dengan pemakanan yang seimbang. Beberapa peraturan yang ketat juga perlu diikuti oleh pengguna makanan kolagen. Antara yang penting adalah meminum banyak air suam (3-5 liter untuk 1 hari), tidak mengambil sebarang makanan/ minuman berkafein (kopi, teh, air kelapa), tidak mengambil ais sejuk dan mengamalkan pemakanan seimbang.

SEMOGA BERJAYA!


No comments:

Post a Comment